Pelakon Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir dipercayai masalah jantung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), jam 9.04 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Abu Bakar Omar, 73, menghembuskan nafas terakhir dipercayai masalah jantung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), jam 9.04 pagi ini.

Anak sulungnya, Mohd Zainuddin Abu Bakar berkata, bapanya dibawa ke KMC, malam tadi oleh adiknya selepas kelihatan tidak larat ketika berbuka puasa.

“Sebelum dibawa ke hospital keadaan arwah bapa baik-baik sahaja. Arwah boleh berpuasa dan kelihatan sihat seperti biasa. Arwah ada menghidap beberapa penyakit, tetapi tidaklah teruk, hanya kolesterol dan masalah usus.

“Bagaimanapun, arwah kelihatan penat dan tidak larat ketika berbuka puasa malam tadi. Arwah hanya sempat meneguk air sahaja. Melihat keadaan bapa seperti kepenatan, adik bergegas membawa bapa ke KMC. Melalui pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati jantung dan hati arwah bengkak.

“Pada tengah malam, bapa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia pada pagi ini. Pemergian arwah cukup mengejutkan buat kami sekeluarga memandangkan arwah masih boleh berbual sewaktu dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *