PKP Di Tawau Dilanjutkan Hingga 30 April

Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Tawau, Sabah bermula 17 April sehingga 30 April 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, masih terdapat peningkatan kes aktif COVID-19 di daerah itu iaitu daripada 124 kepada 729 kes dalam tempoh 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan banyak kes baharu dikesan dan 11 lokaliti di dalam daerah Tawau kini sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *