1,261 Penduduk Nabawan Terima BPN 2.0 Hampir RM900,000

KOTA KINABALU, 8 April : Seramai 1,261 orang yang tidak mempunyai akaun bank di daerah Nabawan bakal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah hampir RM900,000 melalui Program Malaysia Prihatin selama empat hari bermula hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup, menerusi kenyataan hari ini, berkata penduduk di mukim Nabawan, Sapulut dan Pemuntarian akan menerima BPN 2.0 pada program itu di Dewan Masyarakat Nabawan hari ini.

Beliau berkata penduduk mukim Pagalungan akan menerima BPN 2.0 pada program itu esok di Pentas Terbuka Pekan Pagalungan, mukim Pensiangan pada Sabtu ini di Balai Budaya Pekan Pensiangan, dan penduduk mukim Tatalaan di Balai Budaya Kampung Ponontomon, Ahad ini.

“Perkhidmatan lain yang dibawa melalui Program Malaysia Prihatin termasuk Pendaftaran Program Vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan, Banci 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan semakan eKasih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *