Warisan Saman ADUN Sebatik

Writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa, Kota Kinabalu pada pukul 3.35 petang Rabu.

KUALA LUMPUR: Peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

Dalam satu kenyataan ringkas, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa, Kota Kinabalu pada pukul 3.35 petang Rabu.

Tambah kenyataan itu, Warisan berharap supaya keputusan mahkamah akan memaksa Hassan untuk menghormati surat peletakan jawatannya yang telah ditandatangani sebagai ADUN Sebatik.

Writ itu menamakan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua yang juga wakil Warisan adalah plaintif, manakala Hassan sebagai defendan.

Pada 25 Februari lalu, Hassan mengumumkan bahawa beliau keluar daripada Warisan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *