Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Perlu Diteliti – PM

PAGOH: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan aktiviti rentas negeri dan ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dibenarkan pelaksanaannya.

Muhyiddin berkata, segala keputusan bergantung kepada situasi semasa kes harian Covid-19.

“Ini isu-isu yang kerajaan timbang, sekarang masuk bulan puasa, katanya mufti sudah keluar fatwa solat Terawih dah boleh, dulu tak boleh.

“Mungkin esok nak raya, mungkin boleh buat sembahyang raya bersama-sama takbir dan sebagainya atau boleh melawat ziarah rentas negeri, saya belum dapat nak bagi. Itu kita akan teliti dan umum bila masa sesuai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyeru rakyat untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh pandemik, bagi mengelakkan penularan wabak.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pembukaan bazaar Ramadhan, Aidilfitri dan solat Terawih yang akan datang dengan mematuhi SOP.

Muhyiddin berucap semasa program Sarapan Pagi bersama Masyarakat Felcra Bukit Kepong, sempena lawatan rasmi ke Parlimen Pagoh, hari ini.

Hadir sama, Exco Johor, Mohd Solihan Badri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *