COVID-19: 1,275 Kes Baharu, 1 Kematian Dicatatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian baharu COVID-19 di seluruh negara mencatatkan penurunan hari ini apabila sebanyak 1,275 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaru direkodkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 339,443 kes.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 14,269 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan.

“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19, sebanyak 32 daripadanya membabitkan kes import, manakala 1,234 membabitkan penularan tempatan.

“Kes sembuh turut melebihi kes baharu positif COVID-19 iaitu sebanyak 1,509 kes,” katanya dalam kenyataan di Twitter hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata, satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya kini meningkat kepada 1,249 orang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *