Nabila Razali Terkucil Lagi!

Nabila Razali

KUALA LUMPUR: Persembahan penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus mendapat kecaman netizen.

Di Twitter, persembahan penyanyi itu tular sekelip mata apabila rata-rata warganet mengkritik dan mengecam apabila Nabila ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi secara langsung.

Malah, ada pengguna media sosial yang menyifatkan nyanyiannya seperti itik. Tidak kurang juga, yang menulis sinis ‘mungkin bukan peluang kedua, tapi ketiga’.

“Nabila Terkucil lagi,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Buka mulut je, dah ke laut,” komen seorang lagi netizen.

Pun begitu, ada juga warganet berasakan Nabila sudah berusaha melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua itu.

Namun, yang pasti lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu antara karya diramalkan netizen bakal dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL35.

Bagaimanapun, Nabila dalam temubualnya  kepada media sebelum ini berkata dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingan itu.

Ujarnya, dia hanya mahu melaksanakan tanggungjawab diberi pencipta lagu yang memberi kepercayaan kepadanya. 

 AJL35 yang dihoskan Awal Ashari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton kerana pandemik Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *