COVID-19: 1,647 Kes Baharu, 9 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,104 pesakit sembuh berbanding 1,647 kes baharu Covid-19 dan sembilan kematian.

Ini menjadikan 300,620 kes pulih daripada keseluruhan 319,364 jangkitan Covid-19 dengan 1,200 kematian yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 17,544 kes aktif dengan 61 daripada 147 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes import dan 1,642 kes penularan tempatan yang membabitkan 1,102 warganegara dan 540 warga asing.

Selangor masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 712 kes.

“Daripada jumlah ini, 619 kes daripada kluster dan saringan
kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Johor (170), Pulau Pinang (169), Sarawak (168), Kuala Lumpur (86), Negeri Sembilan (79), Melaka (71), Perak (69), Sabah (61), Kelantan (28), Kedah (18), Pahang (7), Terengganu (2), Perlis (2), Putrajaya (2) dan Labuan (1).

Hisham berkata, empat kematian dilaporkan di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu kematian di Perak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Katanya, sembilan kematian itu membabitkan warganegara berusia 48 hingga 78 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, strok dan buah
pinggang kronik.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *