Tetak Leher Isteri Sarat Mengandung Sehingga Mati Kerana Cemburu

TAWAU: Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah kongsi tidak bernombor dekat Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna.

Suspek

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihak polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.06 malam bergegas ke lokasi kejadian sebelum gerakan memburu suspek dilancarkan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang juga warga asing berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang disitu melarikan diri selepas kejadian itu.

“Suspek berjaya ditahan selepas bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 12.05 tengah malam.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Senjaya dipercayai digunakan oleh suspek.

Mengulas lanjut Peter berkata, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengetahui tentang hubungan sulit isterinya.

Katanya, mangsa bagaimanapun enggan menceritakan hubungan sulit itu kepada suspek menyebabkannya berang.

Tambahnya, pemeriksaan awal mangsa mendapati satu kesan tetakan di bahagian belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam selain si mati juga dipercayai sedang mengandung.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan kanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *