Cara Membuat Permohonan Untuk Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah mengumumkan permohonan baharu i-Sinar tanpa kriteria boleh dilakukan mulai 8 Mac 2021 bagi ahli yang berumur 55 tahun ke bawah.

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli yang sudah membuat pengeluaran sebelum ini akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran.

Kini, permohonan untuk membuat pindaan jumlah pengeluaran sudah pun dibuka dan berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Cara buat permohonan pindaan jumlah pengeluran i-Sinar

Sebelum membuat permohonan, perlu diketahui pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja. Sama seperti permohonan baharu, tarikh akhir pindaan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021. Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Pergi ke laman web isinar.kwsp.gov.my dan pilih “Pindaan Pengeluaran”. Baca nota penting dan tekan “OK”.

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Setelah itu, isikan nombor OTP yang dihantar ke telefon untuk pengesahan.

3. Tanda pada kotak dan isikan nombor telefon serta alamat surat-menyurat jika ingin membuat pindaan maklumat.

4. Tanda pada “Amaun dimohon”. Berdasarkan amaun kelayakan keseluruhan, pilih jumlah amaun pengeluaran di bahagian “Amaun Pilihan Baharu”. Perlu diingatkan, anda harus memastikan amaun pengeluaran adalah tepat berikutan pindaan hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.

5. Baca Terma dan Perakuan. Kemudian, tanda pada pengesahan maklumat dan tekan “Teruskan”.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *