Matahari ‘Tegak’ Atas Garisan Khatulistiwa 20 Mac Ini, Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang & Malam Sama Panjang

Bagi rakyat Malaysia dan negara-negara yang berada berhampiran garisan Khatulistiwa, mungkin kita sudah terbiasa dengan siang dan malam yang hampir sama panjang.

Namun menurut Planetarium Negara, pada 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.

Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.

Menariknya, di kawasan yang terletak di atas garisan Khatulistiwa, penduduk akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala ketika itu.

Mari baca perkongsian oleh Planetarium Negara di bawah.

Pada Sabtu, 20 Mac 2021 mulai jam 05:37 ptg, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.
Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengahari “tanpa bayang” kerana Matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.facebook.com/planetariumnegara/posts/3730298857006126

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *