5,858 Individu Sudah Disuntik Dos Pertama Vaksin Covid-19 Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seramai 5,858 individu menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-Biontech sejak Program Imunisasi Covid-19 dilancarkan di Sabah, Khamis lalu.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah itu termasuk 2,765 individu yang menerima suntikan vaksin itu semalam.

Beliau berkata, Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) yang mengurus pemberian vaksin di negeri ini menyasarkan seramai 42,164 individu diberikan vaksin menerusi fasa satu program imunisasi itu.

Katanya, pemberian vaksin dilaksanakan mengikut enam Daerah Pusat Penerima Vaksin (PPV) di seluruh negeri dengan penerima suntikan terbanyak, setakat ini, di Zon Barat Tengah iaitu seramai 2,410 orang.

“Ia disusuli Zon Barat Daya (822 orang), Zon Pedalaman (892 orang), Zon Barat Laut (370 orang), Zon Timur Laut (684 orang), Zon Timur Laut – Sandakan (684 orang) dan Zon Timur Laut – Tawau (360 orang).

“Bagi Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seramai 490 orang menerima suntikan pertama vaksin, setakat ini, berbanding sasaran fasa satu iaitu 7,020 orang,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Secara keseluruhan, Masidi berkata, sebanyak 74 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah semalam dengan satu kes kematian di Tawau. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *