Kes Positif Covid-19 Di Sabah Menurun 74 Kes & 1 Kematian

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah menurun kepada 74 kes dengan satu kes kematian, hari ini.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut kes positif baharu di Sabah berada pada dua angka.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, satu kes kematian hari ini dilaporkan di Tawau.

Beliau berkata, hanya 14 daerah mencatatkan kes baharu hari ini. Daerah Beluran bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Setakat ini, 10 daerah berada dalam zon merah, enam daerah dalam zon jingga, 10 daerah zon kuning dan satu zon hijau.

Beliau berkata, daripada 74 kes baharu hari ini, Keningau mencatatkan kes tertinggi dengan 24 kes, diikuti dengan Kota Kinabalu (10), Tawau (10), Nabawan (8), Lahad Datu (7), Kalabakan (6), Kota Marudu (4), Beluran (3), Sandakan (3) dan dua kes Kunak dan Penampang.

Manakala, satu kes dilaporkan di Kota Belud, Kudat dan Telupid.

Menurutnya, daripada 74 kes positif itu, sebanyak 52 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala empat kes, saringan kluster sedia ada 10 kes dan lapan kes adalah dari lain-lain kategori.

Kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 105 kes dengan bilangan kumulatif 52,069 kes. Manakala, kematian di Sabah meningkat kepada 377 kes.

Setakat ini, sebanyak 53,387 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 656 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 230 orang di hospital dan 420 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta enam orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Terdapat 25 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 12 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah 4,995 katil dan peratus penggunaan adalah 13.3 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *