Operasi Banteras PATI Secara Besar-Besaran Akan Dilaksana – Pesuruhjaya Polis Sabah

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan melaksana operasi bersepadu bagi menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini selepas jangkitan Covid-19 berjaya dilandaikan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, susulan insiden terbaru yang ditularkan di media sosial dimana, sekumpulan masyarakat Palauh yang dikatakan berasal dari Semporna yang tinggal di dalam khemah di Sembulan.

Beliau berkata, pihaknya sudah memberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat bagi membolehkan mereka mengambil tindakan sejawarnya.

Gambar tular turut memperlihatkan kanak-kanak kecil tidur dibawah panas terik tanpa sebarang khemah.

“Selepas jangkitan Covid-19 landai, kita akan menjalankan operasi bagi menangani PATI dan masalah setinggan di Sabah.

“Kita kena pastikan Covid-19 sudah tiada kerana saya takut anggota kita terdedah risiko jangkitan jika menjalankan operasi ketika kes Covid-19 masih berlaku,” katanya semasa ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri Sabah, hari ini.

Semalam, tular di laman media sosial, sekumpulan masyarakat Bajau Laut atau Palauh dilihat tinggal dalam khemah berhampiran Kampung Sembulan Lama.

Gambar yang tular turut memperlihatkan kanak-kanak kecil tidur dibawah panas terik tanpa sebarang khemah.

Berdasarkan laporan sebuah portal, kebanyakan masyarakat Palauh ini menyatakan mereka datang ke Kota Kinabalu beberapa bulan lepas dari Semporna menggunakan menaiki bas dengan kos RM40 setelah kehilangan pekerjaan.

Bagaimanapun, apabila berada di pusat bandaraya ini mereka bukan mencari pekerjaan sebaliknya ada yang menjadi peminta sedekah. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *