Individu Mahu Ke Sabah, Sarawak & Labuan Perlu Ujian Calitan

KUALA LUMPUR: Individu yang memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum melakukan perjalanan ke kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya individu yang keputusan ujian calitannya negatif serta tidak bergejala dibenarkan memasuki negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, bagi individu yang melakukan perjalanan ke Sarawak perlu memenuhi syarat tambahan selain ujian calitan iaitu kuarantin selama 14 hari.

“Bagi pergerakan dari Sabah, Sarawak dan Labuan ke Semenanjung pula, tidak perlu menjalani ujian calitan… mereka boleh datang terus,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pergerakan rentas daerah di Sabah yang kini berada pada PKP Pemulihan (PKPP) hanya dibenarkan mulai esok, manakala Sarawak yang kini berada dalam PKP Bersyarat (PKPB) masih tidak dibenarkan atas permintaan kerajaan negeri.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *