COVID-19: 2,063 Kes Baharu, 5 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 kembali meningkat iaitu sebanyak 2,063 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 307,943.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak dengan 361 kes baharu dan Pulau Pinang iaitu 337 kes.

“Sehingga kini seramai 193 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes kematian membabitkan warganegara dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,153 kes.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 2,922 kes sembuh dilaporkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 283,629 kes bersamaan 92.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *