Tiga Pengedar Dadah Dicekup Di Beaufort

BEAUFORT: Tiga lelaki warga tempatan termasuk dua pengedar dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan semalam.

Ketiga-tiga individu itu berusia antara 24 hingga 35 tahun ditahan di Kampung (Kg) Mempagar dan di belakang bangunan Gem Hotel, Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd Razak berkata, dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada 8.40 pagi di Kg Mempagar, pihaknya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut memiliki 16 paket plastik disyaki dadah jenis syabu seberat 8.34 gram.

Ujian urin ke atasnya mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata, dalam satu serbuan berasingan di belakang bangunan Gem Hotel, BSJN IPD Beaufort menahan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan pemeriksaan ke atas salah seorang suspek, pasukan polis menemui 20 paket plastik mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu sebera 11.46 gram.

Manakala, pemeriksaan ke atas suspek kedua mendapati terdapa enam paket syabu seberat 1.92gram.

Ujian urin ke atas kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis syabu.

Kesemua barang rampasan daripada kedua-dua operasi itu dibawa ke IPD Beaufort. Kesemua suspek ditahan reman bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *