‘Runner’ Maut Terlibat Kemalangan Jalanraya

TAWAU; 03 MARCH 2021 (Rabu) : Seorang Penghantar Makanan (runner), 22-tahun maut selepas terlibat kemalangan jalanraya yang berlaku di Kilometer-6 Jalan Utara Baru membabitkan sebuah motosikal dan lori, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, ketika kejadian, mangsa yang mengalami pendarahan di dalam perut dan kecederaan pada kaki kanan telah dikejarkan ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, bagaimanapun, selepas hampir 12-jam mendapatkan rawatan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia kira-kira pukul 3.30-pagi hari ini.

Terdahulu, hasil siasatan awal pihak polis, mendapati lori yang dipandu lelaki 28-tahun itu sedang dalam perjalanan dari Taman Muhibbah Indah menghala ke Kampung Sin San, Pasir Putih dan telah bertembung dengan mangsa yang menunggang motorsikal dari arah bertentangan jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.10-petang.

Katanya, pemandu lori terbabit dipercayai telah hilang kawalan pemanduan dan telah memberhentikan (brek) lori dipandunya apabila secara tiba-tiba lori berkenaan mengelongsor di atas jalan basah dan licin dan melanggar mangsa.

Mengulas lanjut, ACP Peter berkata, pemandu lori terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dipindah ke Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) sebaik mangsa disahkan meninggal dunia.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *