Polis Belum Terima Laporan Ugutan Jenayah Kakitangan PKD Nabawan

Gambar Hiasan

KENINGAU: Tiada sebarang laporan polis diterima setakat ini berkaitan ugutan jenayah ke atas kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Nabawan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya ada dimaklumkan mengenai perkara itu namun masih menunggu pihak terbabit datang membuat laporan

“Kita tunggu laporan polis dibuat terlebih dahulu namun siasatan masih diteruskan.

“Selain itu, kita juga sudah menghubungi pihak PKD Nabawan untuk datang membuat laporan polis bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, status Facebook PKD Nabawan menarik perhatian pengguna laman sosial berkenaan apabila memuat naik kenyataan yang menyatakan pejabat kesihatan itu menerima pelbagai kecaman, makian dan ugutan jenayah.

Ia termasuk mahu memukul pegawai dan membakar pejabat, selain turut dikatakan menipu dalam perkara berkaitan Covid-19.

Pihak PKD Nabawan menerusi kenyataan sama memaklumkan mereka memandang serius semua perkara berkenaan dan bakal membuat laporan polis.

Tindakan undang-undang juga akan diambil ke atas individu yang terbukti melakukan ugutan jenayah kepada kakitangan atau PKD terbabit. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *