PKPP Sabah: Majlis Rasmi, Majlis Perkahwinan & Kenduri-Kendara Dibenarkan

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan penganjuran majlis rasmi dan tidak Rasmi kerajaan dan swasta serta majlis sosial semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Penganjuran majlis sosial itu termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan atau pertunangan, resepsi, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, namun ia tertakluk kepada 50 peratus kapasiiti ruang premis dengan mematuhi penjarakan fizikal dan mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Beliau berkata, penganjuran majlis perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengulas mengenai gelembung perjalanan (travel bubble), pertimbangan diberikan mengikut kes dan permohonan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Setakat ini, baru satu syarikat pelancongan memohon bagi pelaksanaan travel bubble ini.

Katanya, pertimbangan kebenaran travel bubble diberikan dengan syarat pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri berserta dengan justifikasi dan cadangan SOP.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *