Penjawat Awam Ditemui Mati Di Dalam Rumah

LABUAN: Rasa tidak sedap hati penduduk berhampiran di sebuah rumah flat membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun petang semalam.

Menurut kenyataan Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, mangsa lelaki tempatan 44 tahun merupakan penjawat awam disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di kediamannya.

Laporan kematian dibuat oleh jiran mangsa susulan terdapat cecair seperti darah menitis dari siling rumahnya yang terletak di aras 3 di blok perumahan yang sama.

Terdahulu, orang awam telah menghubungi pihak polis lebih kurang pukul 3.45 petang bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Menerusi maklumat itu, pihak polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan telah pergi ke tempat kejadian untuk memecahkan pintu rumah terbabit yang didapati berkunci.

Mengulas lanjut, DSP Mohd Ibrahim berkata pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tiada kecederaan fizikal atau sebarang bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah dilakukan ke atas tubuh badan mangsa.

Mayat mangsa telah dibawa kepada ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SumbeR: BESLABUANFM

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *