COVID-19: 1,555 Kes Baharu , 6 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,528 pesakit sembuh berbanding 1,555 kes baru Covid-19 dengan enam kematian.

Ini menjadikan 278,431 kes pulih daripada keseluruhan 304,135 kes Covid-19 dengan 1,141 kematian yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 24,563 kes aktif dengan 96 daripada 204 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baru itu, beliau berkata, sebanyak 1,552 kes ialah penularan tempatan dan tiga lagi kes import.

Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 672 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 %) daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19,” katanya dalam sidang media.

Ia diikuti Johor (163), Sarawak (159), Kuala Lumpur (145), Negeri Sembilan (115), Pulau Pinang (106), Perak (63), Sabah (53), Kelantan (46), Melaka, Kedah (11), Terengganu (7), Pahang (3) dan Putrajaya (1).

Perlis dan Labuan tidak melaporkan sebarang kes baru.

Hisham berkata, 47 kes yang dilaporkan berkaitan kluster di penjara yang membabitkan Penjara Jalan Harapan (24), Tembok Taiping (9), Tembok Pengkalan Chepa (8), Penjara Jalan Sungai Jelok (4), Tembok Tapah (1) dan Telok Mas (1).

Beliau berkata, sebanyak tiga kematian dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah, Kuala Lumpur serta Perak.

Katanya, lima daripadanya membabitkan warganegara dan seorang lagi warga asing, yang berusia 44 hingga 80 tahun.

Beliau berkata, empat daripada warganegara itu mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Katanya, warga asing itu hanya didapati positif Covid-19 selepas mayatnya dihantar ke hospital.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *