(VIDEO) ADUN Keluar Parti Dakwa Sumpah Setia Tidak Sah Kerana Terpaksa

Petikan video semasa Hassan A Gani Pg Amir mengangkat sumpah sebagai Ahli Parti Warisan Sabah.

KOTA KINABALU: ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, yang keluar Warisan baru-baru ini menepis sumpah kesetiaan kepada parti yang tular di media sosial sebagai tidak sah, mendakwa beliau melafazkan ikrar kerana terpaksa.

“Hari ni viral video aku janji dan sumpah saya di media sosial. Betul saya bersumpah tapi sumpah ini tidak sah kerana terpaksa, sekiranya saya tidak bersumpah saya tidak akan dicalonkan,” katanya di Facebook.

Hassan Gani yang baru-baru ini keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas menegaskan sokongannya kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah “kerana rakyat di kawasan Sebatik”.

Beliau yang baru-baru ini keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas menegaskan sokongannya kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah “kerana rakyat di kawasan Sebatik”.

Terdahulu, Presiden Warisan, Shafie Apdal berkata, parti itu akan mengambil tindakan susulan terhadap Hassan, berdasarkan ikrar kesetiaan yang dilafazkan pada September lalu, sebelum beliau menjadi calon Warisan pada pilihan raya negeri.

Shafie berkata, Warisan tidak memaksa Hassan melafazkan ikrar itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *