Tarikh Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Mac & April 2021 – Jadual Baru

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk awalkan pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April. Ini adalah kerana pengubahan pada syarat dan kritieria i-Sinar yang telah dimansuhkan.

Kebiasaanya, pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan. Pembayaran untuk bulan MAC 2021 kali ini akan diawalkan iaitu pada 19 Februari. Dibawah adalah tarikh jadual bayaran i-lestari KWSP bulan Mac 2021.

Mengikut pada jadual asal di atas, pembayaran bulan Mac sepatutnya akan bermula pada 1-10 Mac 2021. Namun disebabkan pengumuman KWSP mengenai perubahan jadual, berikut adalah maklumat terbaru :

  • Pembayaran i-Lestari Bulan Mac bermula pada 19 Februari 2021
  • Anda akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu pembayaran Bulan Feb & Bulan Mac.
  • Pembayaran akan bermula secara berperingkat mengikut batch masing-masing.

Klik di bawah untuk semak cara semakan dan permohonan baru :

Ada pembayaran i-Lestari pada bulan Mac?

Tiada bagi bulan Mac SEKIRANYA anda telah menerima bayaran sepanjang minggu pada 19 Feb yang lepas.

Kenapa bayaran diawalkan? Kenapa tidak ikut tarikh asal je?

Tujuan pembayaran awal ini adalah untuk melancarkan transaksi bayaran pada i-Sinar pada 8 Mac ini.

Untuk bulan April akan diawalkan?

Ramai yang kata, bayaran bulan April akan diawalkan pada 19 MAC ini. Diminta tunggu pengumuman daripada pihak KWSP untuk tarikh rasmi.

Berikutan tempoh PKP yang masih berjalan Permohonan itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara Online sahaja. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini, anda boleh rujuk i Lestari untuk maklumat & info yang lebih dalam. Rujuk juga FAQ di sini, jika anda ada sebarang pertanyaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *