COVID-19: 1,828 Kes Baharu & 5 Kematian Dicatat Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,828 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 302,580 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,486 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 275,903 kes.

“Seramai 198 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sebanyak lima lagi kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian 1,135 kes,” katanya menerusi kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, Johor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 490 kes diikuti Selangor dengan 453 kes manakala Sarawak mencatat 220 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *