Sejumlah 16,380 Vaksin Tiba Di Sabah

KOTA KINABALU: Penghantaran vaksin Pfizer- BioNTech pertama di Sabah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2, pada 12.40 tengahari tadi menaiki penerbangan Raya Airways RMY314 yang bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 10.30 pagi.

Ketibaan pertama ini membawa 16,380 dos vaksin Pfizer- BioNTech yang akan ditempatkan di Pusat Simpanan Hospital Queen Elizabeth.

Ketibaan kumpulan pertama ini disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan menjadi tiga individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas upacara Perasmian Vaksinasi Covid -19 peringkat negeri Sabah yang dirancang pada 4 Mac ini. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *