COVID-19: 2,468 Kes Positif Baharu & 14 Kematian

Dr Noor Hisham

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,468 kes baharu Covid-19 dengan 14 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,055 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 256,678.

Dengan 14 kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini 1,076 kes.

Dalam satu kenyataan, Moor Hisham berkata jumlah kumulatif jangkitan semasa kini adalah 288,229 kes.

Sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara 30,475 kes dengan 196 di unit rawatan rapi (ICU) dan 92 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes (37.8%).

Daripada jumlah ini, sebanyak 579 kes (62.1%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (17.3%) dan Perak sebanyak 308 kes (12.5%).

Sebanyak 175 kes (7.1%) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (107 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (36 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes di Selangor, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

Sebanyak 13 kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *