COVID-19: 2,192 Kes Baharu, 6 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,192 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 285,761 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor kembali mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 910 diikuti Kuala Lumpur dengan 303 serta Sarawak, 221 kes.

“Hingga kini seramai 199 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 91 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 32,076 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat enam kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian disebabkan oleh COVID-19 di negara ini sebanyak 1,062 kes.

Beliau turut memaklumkan hingga jam 12 tengah hari ini sebanyak 3,414 kes sembuh dilaporkan. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 252,623 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *