Sekeluarga Sehelai Sepinggang Rumah Hangus Terbakar

Rumah kediaman sekeluarga di Kg.Kigiok Ranau 80 peratus terbakar.

RANAU: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka di Kg. Kigiok, 9 kilometer dari pekan di sini, terlibat dalam satu kebakaran, kira-kira jam 4 petang pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau Ridzuan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima pangilan daripada orang awam menerusi talian MERS 999 pada kira-kira jam 4.02 petang.

Sepasukan terdiri tujuh anggota bomba termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi menggunakan FRT Scania dan sebuah EMRS, tiba di lokasi 10 minit kemudian dan berjaya memadam sepenuhnya kebakaran dalam tempoh  dua jam.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan 80 peratus bangunan rumah separuh kekal itu telah musnah terbakar, sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *