Terus Berbakti Kepada Masyarakat, Ebit Lew Beli 100 Tangki Beri Percuma Kepada Warga Tawau

TAWAU: Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Antara misi bantuan terbaharu yang sedang giat dijalankan oleh beliau adalah di Sabah selama 10 hari. Difahamkan, misi bantuan ini meliputi daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Menerusi perkongsian sebelum ini, pelbagai bantuan telah diberikan kepada penduduk di daerah tersebut.

Kali ini, Ebit Lew membeli pula 100 tangki air untuk dihadiahkan kepada mana-mana individu yang memerlukan di Tawau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/3693576834093906
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3946251178738431

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *