Hati-Hati Pengguna Maybank, Muncul Laman Web Mirip Maybank2u Dipercayai Cuba Curi Data Pengguna, Ini Cara Untuk ‘Block’

Pelbagai cara digunakan penipu atau scammer untuk mendapatkan wang orang ramai secara atas talian. Justeru, sebagai pengguna, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan ini.

Sebelum ini, mungkin ramai antara kita pernah diajar, cara bagi memastikan sesuatu laman web selamat untuk dilawati adalah dengan memastikan kewujudan ‘https‘ pada awal pautan yang diterima. Namun, penipu juga semakin bijak.

Mereka kini mampu menghasilkan laman web palsu yang turut mempunyai ‘https’ serta paparan yang serupa dengan laman perbankan asal.

Antaranya seperti yang sedang tular menerusi perkongsian saudara Azizul Osman berkenaan perkara tersebut.

Dia yang ingin memeriksa baki di laman itu telah menaip kata kunci ‘Maybank’ pada Google menggunakan laptop miliknya.

Tanpa menyedari itu adalah laman palsu, dia telah mengklik satu pautan yang mempunyai paparan serupa dengan platform perbankan itu. Azizul kemudiannya mendaftar masuk menggunakan kata kunci asal sebelum menerima SMS bersama kod TAC yang kononnya perlu diisi pada laman berkenaan.

Mangsa yang tersedar kemudiannya memeriksa baki akaun melalui aplikasi Maybank2u di dalam telefon pintarnya dan mendapati terdapat pindahan wang dalam jumlah besar ke sebuah platform e-dagang.

Berikut adalah perkongsiannya.

Cerita dia macam ni.

Perkara ini berlaku kat aku hari Sabtu lepas. Dalam kul 3.38 petang hati aku tetiba nak check balance kat Maybank.
So aku pun bukan laptop (dah lama x login Maybank2u kat laptop ye) Google Maybank.

Then aku tekan enter.
Aku click kat perkataan Maybank (tanpa sedar itu bukan laman web asli), serius aku x sedar itu fake weh. Layout dia sama. Semua sama.

Aku login, letak password. Pastu aku terima SMS, dgn TAC Nombor.
Kat laptop tu, dia kata letak nombor. So aku letak TAC tu ye. Xtau mcm mana. Aku ikut je.
Lepas tu, aku terkejut sendiri. Yg aku bg tadi tu TAC no kan. Terperanjat (mcm kena pukul), aku pun pantas (xtau kenapa pantas dan kenapa x pakai app kat HP je masa tu).

heck balance. Adoi. Ada transaksi besar yang dipindahkan ke Lazada.
Xsempat nak snap, akaun kat app HP dah x boleh pakai.
Adoi. Serius xtau apa jadi kat aku masa tu.

Aku call Maybank, ckp kat deorg ada transaksi duit ke Lazada.
Deorg advise sekat Maybank2u dan kad bank.
Selesai bab tu.

Aku mintak pertolongan rakan2 ofis nak dapatkan PRO Maybank. Prakash nama dia.
Baik org dia. Alhamdulillah dia dapat tolong report kat team security Maybank.
Then Maybank advise Aku g report polis. Aku ikutkan sebab xtau nak buat apa.

Masa report polis, polis tanya mcm mana. Then aku xplain satu2. Ok fine report polis.
Pastu terima call dari Maybank, deorg ckp perkara ini sudah disiasat oleh mereka dan sudah di pengetahuan Lazada.
Mr Yap from Maybank call ckp yes ur case pihak Maybank tengah siasat.

And Monday or Tuesday, pihak Maybank akan call bagi perkembangan lanjut.
Dia kata kalau inter Maybank senang nak setel, tapi kalau melibatkan pihak ketiga susah sikit. Kena deal dgn pihak ketiga tu, nak pihak ketiga tu akan selesaikan then baru Maybank boleh setelkan part bank.

Laman web dia https://campaignmay2u.com/home/m2u/common/login.do
(aku pun tak tau macam mana boleh p web site ni). Sedangkan aku type Maybank kot.

Hari ni pegawai Maybank call, ckp duit tu x boleh nak dapatkan balik sebab scammer tu dah guna tuk topup online gaming.
Dia kata klu ada balance, deorg cuba dapatkan.

Kalau korg kata xkan x perasan web site dia lain. The things is layout dia sama sebijik.
Mana tahu Allah nak beri ujian, mungkin aku ada buat silap dan mungkin ada benda2 yg aku buat ada yg x betul. So Allah nak beri pengajaran.

Hasil tinjauan kami, laman tersebut sememangnya menyerupai tapak web sebenar Maybank2u.

Cara sekat laman web

Susulan itu, adalah penting untuk kita bertindak selangkah lebih ke hadapan dengan menyekat laman-laman mencurigakan di Internet. Berikut adalah cara untuk menyekat satu-satu laman web melalui Chrome dikongsikan Business Insider.

1. Google perkataan “block site extension”.

2. Klik “Block Site – Website Blocker for Chrome – Google Chrome” yang biasanya ditemukan pada carian teratas.

3. Klik kotak biru pada atas skrin tertera “Add to Chrome”.

4. Dalam tetingkap pop up, tekan “Add extension.”

Anda akan dapat melihat ikon perisai berwarna oren pada sudut atas kanan skrin anda. Klik ikon tersebut dan tekan ikon gear untuk tetapan.

Dalam tetapan BlockSite, setkan kata kunci dan pertimbangkan tetapan sekatan “Mod Kerja” berdasarkan masa.

Dari situ, anda sudah boleh mula menyekat laman mengikut langkah di bawah:

1. Dari laman tetapan BlockSite, klik “Block Sites” pada menu di sebelah kiri, kemudian masukkan alamat website yang ingin disekat pada bar sebelah kanan.

2. Pergi ke laman yang ingin disekat dan klik ikon perisai merah BlockSite, kemudian tekan “Block this site” pada tetingkap popup. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *