(VIDEO) Meteor Punca Letupan Misteri Di Sabah & Brunei

KUALA LUMPUR, 31 Jan : Misteri bunyi letupan di langit yang menyebabkan gegaran di Sabah, Brunei dan Utara Sarawak akhirnya terjawab.

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) hari ini mengesahkan kejadian itu berpunca daripada meteor.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.

Gambar Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam

Menurut PADB, pihaknya telah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.

Sebelum ini, media tempatan di Malaysia dan Brunei melaporkan berlaku kejadian letupan di misteri di ruang angkasa di Brunei dan Labuan.

Letupan yang disusuli dengan gegaran selama 10 saat itu turut dirasai di Sipitang dan Beaufort.

Menurut Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei dalam satu kenyataan, gegaran telah dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka.

“Gegaran dirasai pada pukul 11.03 pagi dan jelas bukan berpunca dari gempa bumi di Brunei serta negara jiran,

“Gegaran turut dirasai di beberapa lokasi di Brunei,” kata kenyataan itu. – AirTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *