Cara Semak Pembayaran i-Sinar

Pembayaran i-Sinar telah pun bermula pada 5 Januari lalu. Pembayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kepada mereka yang masih tidak tahu atau ingin mengetahui lanjut berkaitan jadual pembayaran i-Sinar boleh rujuk disini Jadual Pembayaran i-Sinar.

Sekiranya anda masih bingung sama ada duit i-Sinar anda telah masuk ataupun tidak, silalah baca panduan mudah untuk menyemak pembayaran i-Sinar.

Cara Membuat Semakan Pembayaran i-SinarTerdapat beberapa yang anda boleh lakukan untuk menyemak pembayaran i-Sinar.
1. Melalui i-Akaun KWSPBerikut merupakan cara melalui i-Akaun

  • Sila layari portal rasmi i-Akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Masukkan username dan password anda.
  • Kemudian klik ruangan ‘Withdrawal’.
  • Setelah itu, klik pula ruangan ‘Withdrawal History’.
  • Seterusnya, klik pada kolum kedua yang mempunyai paparan i-Sinar.
  • Anda akan dipaparkan tarikh bayaran i-Sinar yang telah dikreditkan.
  • Pembayaran dilakukan secara berperingkat.

2. Melalui Portal Rasmi i-Sinar Berikut merupakan cara sekiranya anda ingin menyemak menggunakan laman web i-Sinar

  • Layari https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan semasa permohonan i-Sinar.
  • Klik captcha “Saya Bukan Robot”.
  • Isi recaptcha.
  • Klik semak status.
  • Paparan status dan maklumat pembayaran akan dimaklumkan disitu.

3. Melalui SMS Daripada Pihak KWSPSekiranya pembayaran telah dikreditkan ke akaun bank anda, KWSP akan menghantar sebuah SMS untuk memaklumkan kepada anda.

Semakan Jenis Bayaran

 1. Bayaran Secara Kredit Ke Akaun Bank

Sekiranya anda memilih pembayaran secara kredit, anda akan menerima bayaran sebelum 15 Januari 2021 secara berperingkat.

2. Bayaran Melalui Arahan Bayaran (PO)

Jika anda memilih pembayaran melalui PO, anda akan menerima Notis Pengambilan Bayaran daripada pihak bank sebelum 19 Januari 2021 nanti.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *