COVID-19: 3,680 Kes Positif Baharu , 7 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,680 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan 194,114 kes keseluruhan dilaporkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu seramai 42,389 kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Katanya, Johor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu 1,069 kes, diikuti Selangor dengan 822 kes dan Kuala Lumpur iaitu 698 kes.

“Sehingga kini seramai 314 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi kes kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh kes dilaporkan membabitkan kesemua warganegara.

Ia menjadikan jumlah kes kematian disebabkan oleh COVID-19 di negara ini sebanyak 707 kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini hanya 1,858 kes sembuh dicatatkan dan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya sebanyak 151,018 kes atau 77.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *