Ebit Lew ‘Terbang’ Ke Sabah, Bawa 75 Ribu ‘Face Mask’, 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda & 200 Biji Tab Untuk Yang Memerlukan

Bila disebut nama Ebit Lew, pasti ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.

Malah, bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Kali ini, Ebit Lew tampil melakukan misi bantuan ke Sabah dengan membawa 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu penutup mulut dan hidung serta 200 biji Samsung Tab bagi kegunaan para pelajar dan mereka yang benar-benar memerlukan.

Doakan yer. Misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu pcs mask, 200 Samsung Tab bagi kegunaan pelajar disana yang benar-benar memerlukan.

Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua

Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan. – SiakapKeli

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *