6 Ditahan, 18 Ayam Sabung Dirampas Di Keningau

Polis turut merampas 18 ekor ayam jantan yang digunakan dalam aktiviti perjudian itu. – Foto IP Keningau

KENINGAU: Enam individu berusia 37 hingga 64 tahun ditahan selepas terbabit dalam aktiviti sabung ayam di Kampung Ulu Kikiran, Jalan Apin-Apin, semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, sebanyak 18 ekor ayam jantan hidup yang digunakan untuk aktiviti perjudian berkenaan turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, serbuan dijalankan seorang pegawai bersama enam anggota berdasarkan maklumat risikan.

“Hasil Serbuan, polis berjaya menahan enam individu dan merampas sebanyak 18 ekor ayam jantan yang digunakan untuk aktiviti sabung ayam.

“Siasatan mendapati aktiviti perjudian ini dikenali sebagai sabung ayam ‘karate’ di mana ia melagakan ayam tanpa menggunakan senjata” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, polis turut berjaya merampas wang tunai dipercayai hasil pertaruhan sebanyak RM4,457 dan peralatan seperti jam pemasa dan papan tulis yang digunakan untuk aktiviti perjudian berkenaan.

Katanya, semua yang ditahan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Keningau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrudin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Katanya, semua yang ditahan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Keningau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrudin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *