Polis Tahan Warga Tempatan, Rampas 2 Laras Bekakuk

etua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton (kanan) menunjukkan senjata buatan sendiri jenis bakakuk yang dirampas. – Foto FB IPD Ranau

RANAU: Polis merampas dua senjata buatan sendiri jenis bakakuk selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam serbuan Op Laras di Kampung Narambai di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan pada jam 5.20 petang itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menahan lelaki berusia 30-an di sebuah rumah tidak bernombor.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton, berkata hasil serbuan berdasarkan maklumat orang awam itu, suspek didapati menyimpan dua laras bakakuk di dalam rumahnya tanpa lesen sah.

“Sebaik serbuan, suspek memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan lokasi senjata yang disimpan.

“Suspek tiada jenayah lampau. Bagaimanapun, memiliki senjata buatan sendiri tanpa lesen sah adalah satu kesalahan,” katanya.

Sammy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206).

Katanya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *