PKP Dijangka Tidak Dilanjut Jangka Panjang, PKPB 3 Bulan Turunkan Kes Covid-19 Kepada 2 Angka

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memberi gambaran bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada masa ini bakal berakhir, diikuti dengan PKP Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan PKP untuk jangka panjang kerana ia boleh memberi kesan kepada ekonomi.

“Kita tidak mahu memanjangkan PKP.

“Jika kita melaksanakan PKP selama empat minggu hingga awal Februari, dan diikuti dengan PKP Bersyarat selama tiga bulan, kita berharap kita dapat mengurangkan jumlah kes Covid-19 kepada dua angka,” kata Dr Noor Hisham, dalam sesi taklimat media secara maya pada Isnin.

Pada masa ini, PKP dilaksanakan di semua negeri kecuali Sarawak sehingga 4 Februari.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *