Pesawat Bawa Pemain, Presiden Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas

Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins. -Gambar hiasan

BRASILIA: Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas sebentar tadi dalam kejadian di Tocantins.

Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.

Difahamkan, mereka di dalam perjalanan menuju ke Goiania, sejauh kira-kira 500 batu, untuk pertandingan menentang Vila Nova pada keesokkan harinya.

Para pemain kelab Palmas itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.

Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang.

”Kami sedih untuk melaporkan tidak ada yang terselamat,” menurut jurucakap pasukan itu.

Punca kemalangan masih disiasat. – AP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *