Penunggang Motosikal Maut Terhempas Di Bucu Tembok

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.   

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Batu, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang kelmarin menyebabkan mangsa, Jumaidin Lanuri,33, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang bergerak dari arah bandar menghala ke Hiltop dipercayai hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar penghadang lorong pejalan kaki sebelum melanggar tembok simen pencawang.

“Mangsa yang turut terseret lebih kurang 18 meter sebelum terhempas di bucu tembok simen itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal pergerakan motosikalnya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Mayat mangsa dibawa Hospital Besar Tawau dan bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperolehi, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *