Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, (Lulus BSH & BPN)

Jika anda pernah menerima BSH & BPN tahun 2020,bagaimana nak kemaskini BPR 2021 online ?

Senang sahaja nak kemaskini BPR 2021 online,jangan bimbang dan panik,kami akan kongsikan cara nak kemaskini BPR 2021 online  seperti status perkahwinan,nombor akaun,nombor telefon,bilangan anak,jumlah pendapatan dan lain-lain.

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika dipaparkan akaun anda belum didaftarkan.Sila rujuk CARA DAFTAR BPR 2021

CARA DAFTAR AKAUN BPR 2021

Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul

a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021

b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul

c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR

Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)

a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

 Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan

 Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan

 Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan

 Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

 Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

 Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati

 Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

  1. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
  2. Jika dipaparkan soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  3. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  4. Masukkan Kata Laluan anda
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  7. Berikut adalah MENU yang dipaparkan :
  • Profil
  • Semakan Status
  • Kemaskini Permohonan
  • Cetakan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas
  1. Jika anda ingin KEMASKINI PERMOHONAN BPR, klik Kemaskini Permohonan

CARA KEMASKINI BPR 2021 ONLINE

Berikut adalah cara kemaskini BPR 2021 online & maklumat yang perlu dikemaskini jika perlu:

  • Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun Bank

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon boleh muat turun dokumen sokongan yang berkaitan jika perlu. Sila rujuk gambar dibawah

MAKLUMAT WAKIL

Jika ada waris,sila isi maklumat waris berikut:

  • Hubungan
  • Jenis Pengenalan/No Mykad
  • Nama wakil
  • Nombor telefon wakil

Klik TERUSKAN

  • Sila isi Captcha seperti yang tertera
  • Sahkan CAPTCHA

Tandakan PENGESAHAN

  • Sila sahkan maklumat yang dikemaskini

Klik HANTAR PERMOHONAN BPR

  • Sila hantar maklumat yang telah dikemaskini

APA MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI BAGI PERMOHONAN BPR 2021?

Berikut adalah penjelasan secara terperinci tentang maklumat yang perlu dikemaskini:

KEMASKINI NOMBOR TELEFON TERKINI (akaun BPR)

Penting kemaskini nombor telefon dalam sistem BPR,jika ada sebarang info berkaitan bayaran dan lain-lain,anda akan menerima SMS daripada pihak yang menguruskan BPR.

KEMASKINI STATUS PERKAHWINAN TERKINI (akaun BPR)

Kepada yang  sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BSH/BPN 2.0 masih bujang.

Kepada yang sudah bercerai atau berpisah, boleh kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BSH/ BPN 2.0 masih berkahwin.

Bagi yang masih kekal BUJANG,anda tidak perlu kemaskini status

KEMASKINI NAMA DAN NOMBOR AKAUN BANK (akaun BPR)

Jika akaun anda sudah tidak aktif, sila masukan nama dan nombor bank yang aktif bagi memastikan duit BPR berjaya dikreditkan ke akaun anda.

KEMASKINI BILANGAN ANAK TERKINI (akaun BPR)

Jika ada pertambahan anak, anda boleh membuat kemaskini bilangan anak.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang kemaskini BPR 2021 online.

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *