Anwar Akan Kaji Pelaksanaan GST Jika Jadi PM

Anwar Ibrahim

SHAH ALAM : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pihaknya akan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun katanya, walaupun jika dikenakan GST, perlu ada pengecualian dan syarat-syarat yang lebih ketat.

“Tak boleh GST seperti mana ia diperkenalkan kerana walaupun pendapatan negara itu bertambah, tapi ia mendera rakyat miskin,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook MPN pada Sabtu dan ia dikendalikan oleh Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator. Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose. – SINAR

Berita Penuh Menyusul….

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *