Cara Kemaskini Online Maklumat Profil Murid 2021 Oleh Ibu Bapa

KEMASKINI MAKLUMAT MURID DI APDM KPM OLEH IBUBAPA/PENJAGA

Untuk makluman rakan-rakan di Facebook, ibu ayah yang ada anak-anak bersekolah BOLEH mula mengemaskini maklumat anak-anak melalui portal APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Kemaskini boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 dan ia dibuka sepanjang tahun.

Data ini penting untuk rujukan dan makluman pihak sekolah, terutamanya dalam mengetahui status kewangan pelajar.

Memandangkan data boleh dikemaskini, maka, apabila suami/isteri telah kembali bekerja, adalah menjadi KEWAJIPAN kepada kita untuk kemaskini semula maklumat penjaga.

Di sini kami kongsikan cara kemaskini APDM KPM oleh AyuReesya Zayn.

Semoga bermanfaat!

CARA KEMASKINI MAKLUMAT MURID DI APDM KPM 

Mungkin ada yang dapat notifikasi daripada guru kelas untuk update data murid dalam APDM kan?

Saya telah siap mengemaskini maklumat anak-anak juga pendapatan kami.

Kemaskini maklumat PENDAPATAN ini penting kerana ia membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan anak masing-masing.

Saya harap, perkongsian saya ini dapat membantu rakan guru kelas mahupun ibubapa diluar sana untuk sama-sama BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat.

Saya sertakan gambar untuk rujukan rakan-rakan semua.

Jadi, TIADA ISU TERLUPA, TERSILAP ATAU TERALPA lagi selepas ini.

MAKLUMAT WAJIB SAH DAN BENAR.

JANGAN TIPU – AKHIRAT menanti kita.

Langkah-langkah:

  1. Layari laman web public.moe.gov.my
  2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)
  3. Selepas daftar, boleh Login.

Daftar masuk di sini.

Jika tak tahu cara nak daftar, boleh rujuk manual di SINI:  Manual Pengguna APDM Ibu Bapa

Atau muat turun manual yang lain seperti dalam gambar di bawah ini.

Daftar masuk, muka depan page.

Automatik, nama anak2 akan keluar selepas pilih KEMASKINI PROFIL MURID

Pilih KEMASKINI MAKLUMAT MURID. Nama anak2 akan keluar secara automatik.

Maklumat ringkas dan pilihan kemaskini maklumat.

Buat dari PROFIL hingga MAKLUMAT PENJAGA.

Setiap kali kemaskini dibuat, sistem akan jana paparan seperti ini.

Sentiasa TEKAN MENU – PILIHAN KEMASKINI MAKLUMAT MURID utk kembali ke paparan anak-anak.

Selepas semua pilihan telah dikemaskini, PASTIKAN TEKAN PILIHAN PERAKUAN.

JANGAN TIPU..YE!

SELAMAT MENGEMASKINI!

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *