COVID-19: 3,306 Kes Baharu, Sabah Antara Catat Kes Tertinggi

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kes baharu hari ini 3,306 kes dengan 4 lagi kematian. Kes tertinggi dilaporkan di Selangor, Sabah, Johor, KL dan Melaka. Daripada jumlah tersebut, hanya 7 kes import dan 3,299 merupakan kes tempatan. Jumlah kumulatif kes positif kian meningkat iaitu 161, 740 kes.

Sehingga hari ini, 18 Januari 2021, sebanyak 2,293 kes sembuh telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif pesakti telah sembuh meningkat kepada 122,344 kes.

Justeru itu, jumlah kes aktif meningkat kepada 38, 791 di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 226 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 94 pesakit memerlukan bantuan penafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa hari in terdapat empat kematian dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 605 kes.

Kes baharu mengikut negeri.

Daripada infografik ini menunjukkan Selangor mencatat jumlah kes positif tertinggi setakat hari ini iaitu 1, 213 diikuti dengan Sabah iaitu 432 kes. Selain itu, Johor juga mencatat jumlah kes positif tertinggi iaitu 329 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 250.

Bagi negeri lain juga dilaporkan kian meningkat dari semasa ke semasa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *