165 Bakul Makanan Bantu Penduduk Empat Kampung Di Kota Marudu

KOTA MARUDU, 18 Jan : Sebanyak 165 bakul makanan diagihkan kepada penduduk di empat kampung yang terputus hubungan akibat tanah runtuh susulan hujan berterusan melanda Sabah sejak minggu lepas.

Bantuan bakul makanan itu diserahkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahanda yang membuat tinjauan di empat kampung terlibat iaitu Kampung Torintidon, Kampung Gontoi, Kampung Mahligai dan Kampung Pampang Poring, hari ini.

“Tanah runtuh ini menyebabkan jalan utama kawasan terbabit terputus hampir jarak 300 meter,” kata Wetrom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bandau dalam kenyataan di sini.

Wetrom berkata kerajaan negeri akan terus memelihara kebajikan rakyat yang terjejas banjir dan tanah runtuh dengan memastikan bekalan makanan mencukupi di kawasan masing-masing.

Semua pihak juga digesa untuk bersama-sama berganding bahu menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas, katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *