Ingkar PKP, Dua Peniaga Makanan Dikompaun Di Beaufort

Dua peniaga makanan dikompaun kerana gagal patuh SOP PKP dengan membenarkan pelanggan makan dan minum. – Gambar PDRM

BEAUFORT: Dua peniaga makanan di sini, dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Lelaki dan wanita berusia 58 dan 36 tahun itu didapati membenarkan pelanggan makan dan minum di gerai mereka.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mohd Azmir Abd Razak berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menjalankan tugas pemantauan PKP di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan di sebuah gerai makanan di Membakut didapati peniaga itu membenarkan pelanggan makan di gerainya.

“Seterusnya pemeriksaan di sebuah gerai makanan di Kampung Tinambak, Kuala Penyu, mendapati beberapa pelanggan sedang minum.

“Susulan itu, pemilik gerai didapati melakukan kesalahan membenarkan pelanggan duduk makan dan minum di gerainya ketika PKP dikuatkuasakan,” katanya di sini, hari ini.

Azmir berkata, kompaun dikeluarkan ke atas kedua-dua mereka kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No 9 Tahun 2020

Sementara itu, Azmir berkata, pihaknya akan lebih tegas mulai hari ini bagi mengesan pihak yang melanggar SOP Covid-19. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *