Gempa Bumi Sulawesi: Angka Korban Meningkat 26

Anggota penyelamat giat mencari mangsa runtuhan hospital Mitra Manakarra di bandar Mamuju akibat gempa bumi. – Foto AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 26 maut akibat gempa bumi yang melanda pantai Sulawesi awal pagi tadi selain merosakkan beberapa bangunan termasuk hospital.

“Maklumat terkini yang kami peroleh, seramai 26 maut, kesemuanya di bandar Mamuju.

“Angka korban dijangka terus meningkat, namun kami berharap ia tidak berlaku. Banyak mangsa yang mati tertimbus di bawah runtuhan bangunan,” kata Ketua Agensi Mitigasi Bencana, Ali Rahman. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *