10 Penagih Dadah Ditahan Di Papar

Antara individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di Papar. – Foto Ihsan PDRM

PAPAR: Seramai 10 individu ditahan selepas didapati terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, semalam.

Operasi khas dijalankan di sekitar kawasan Papar itu turut berjaya merampas dadah seberat 20.63 gram daripada penagih terbabit.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

“Semua suspek dikenal pasti terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Dua suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan hukuman tiga hingga sembilan sebatan.

“Selain itu, lapan lagi individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *