Sebak, Suami Menangis Histeria, Isteri Dan Tiga Anak Termasuk Bayi Jadi Penumpang Pesawat Sriwijaya Air

Kehilangan orang tersayang seperti pasangan atau ahli keluarga, perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Apatah lagi, jika kehilangan itu berlaku dalam sekelip mata.

Bagitulah yang dirasai oleh salah seorang ahli keluarga mangsa pesawat komersial Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, semalam.

Memetik laporan media tempatan, Tribun News, Yaman Zai yang berasal dari Nias, Sumatera Barat, telah merantau ke Pontianak selama satu tahun untuk bekerja.

Isteri bersama tiga anaknya termasuk seorang bayi yang berada di dalam pesawat itu, dijadualkan tiba dari Jakarta ke Pontianak untuk bercuti.

Namun, takdir tuhan menentukan sebaliknya apabila percutian yang dirancang menjadi mimpi negeri buat suami setelah pesawat yang membawa isteri dan anak-anaknya dilaporkan terhempas.

Dia yang telah menunggu ketibaan mereka di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak, menangis histeria sewaktu mengetahui mengenai kejadian yang menimpa ahli keluarganya.

“Isteri saya dan tiga anak saya jadi penumpang. Saya bekerja setahun lebih di sini, jadi mereka mahu ke sini untuk bercuti.

“Tadi terakhir saya hubungi mereka sudah di lapangan terbang, jadi saya tunggu tunggu, biasanya satu jam sudah sampai, tapi ditunggu mereka tidak datang, telefon juga tidak aktif,” katanya sambil menangis menangis teresak-esak.

Semenatra itu,ahli keluarga penumpang pesawat Sriwijaya Air dengan nombor penerbangan SJ 182, turut dilihat menangis di Lapangan Terbang Supadio saat mengetahui pesawat yang membawa ahli keluarga mereka terputus hubungan.

Di dalam kejadian malam tadi, Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Pesawat terbabit dijadualkan menuju ke bandar Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang membabitkan perjalanan selama kira-kira 90 minit melintasi Laut Jawa.

Namun, kira-kira empat minit berlepas pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Menerusi perkembangan terbaharu pagi ini, bahagian tubuh manusia dan serpihan bangkai pesawat yang membawa 62 orang termasuk anak kapal ditemui di luar pesisir Jakarta.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *