Selepas Empat Tahun, Paus Orca Atau Paus Pembunuh Muncul Semula Di Sipadan

SEMPORNA: Sekumpulan penyelam berdepan detik mengujakan apabila buat pertama kalinya mereka berpeluang menyaksikan ikan paus orca atau paus pembunuh berhampiran Sipadan.

Walaupun kemunculan paus orcas ini pemandangan biasa yang dilihat di perairan Semporna ketika suhu air berada antara 26 hingga 27 darjah namun, bukan semua penyelam berpeluang menyaksikan ikan paus berenang dan melompat berhampiran bot yang dinaiki.

Dive Master, Arapat Abdurahim, 28, berkata, lima penyelam yang mereka bawa ke Sipadan pada Ahad merasa teruja kerana berpeluang melihat kira-kira empat ekor paus orca di hadapan mata mereka.

Arapat

Lima penyelam itu terdiri daripada seorang penyelam dari Sarawak dan empat orang Eropah yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Mereka bukan hanya berpeluang melihat paus orcas malah, mereka turut melihat ikan lumba-lumba dan hammerhead shark ketika menyelam.

Arapat berkata, ini adalah permulaan aktiviti selaman yang baik kerana mereka dapat bertemu pelbagai jenis hidupan laut yang hanya dapat dilihat pada musim tertentu.

“Biasanya awal-awal tahun ketika suhu air sekitar 26 darjah, memang boleh melihat ikan paus berada di sekitar perairan Semporna.

empat tahun lalu. Pada Jun atau Julai 2019, saya ada nampak juga paus orcas di Pulau Kapalai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arapat yang bekerja di Scuba Junkie selama lapan tahun ini berkata, nelayan dari Pulau Mabul juga biasa terlihat ikan paus ini di belakang Sipadan pada awal-awal tahun.

Katanya, memandangkan aktiviti selaman baru dibuka semula pada Disember 2020, jarak penglihatan agak baik iaitu sekitar 20-25 meter bagi kedalaman 16 meter dan ke bawah. Untuk kedalaman sehingga 16 meter, jarak penglihatan sekitar 10-15 meter.

Tambahnya, dengan penularan pandemik Covid-19 yang masih berlaku di Sabah, mereka sentiasa memberi penekanan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada semua penyelam yang mengikuti trip selaman bersama Scuba Junkie.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *